Ahad, 27 Jun 2021

Strategi Kehidupan Sebenar

Strategi Kehidupan Sebenar   

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhamad Faris Izzat Bin Mohd Ariffin. Nombor matrik saya ialah 75795. Saya dilahirkan di negeri Perak tetapi dibesarkan di negeri Johor. Di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), saya berada di bawah fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam bidang Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan. Antara sebab saya mengambil program Asas Pengurusan Wang Kendiri ialah saya ingin menguruskan perbelanjaan harian saya dengan lebih teratur. Saya juga mengambil program ini juga disebabkan saya ingin mempelajari mengenai bidang pelaburan dengan lebih mendalam. Di dalam program ini, saya banyak mempelajari cara untuk menguruskan wang dengan lebih cermat dan tidak melakukan sebarang pembaziran dan program ini juga mengajar saya untuk membelanjakan wang saya kepada barang keperluan berbanding barang kemahuan. Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk menambahkan pendapatan saya pada masa hadapan.

Antara impian yang saya di dalam hidup ialah saya ingin mengelilingi serata dunia. Tujuan saya untuk mengelilingi serata dunia ialah untuk mempelajari budaya di sesuatu tempat. Tidak kesah budaya apa asalkan saya dapat melihat berbeza dengan budaya yang tengah saya amalkan sejak kecil lagi. Untuk matlamat hidup saya, saya ingin mengembirakan ibu bapa saya dan ingin mencapai kejayaan dalam hidup demi membanggakan mereka. Jika mempunyai rezeki yang lebih, saya ingin membawa ibu bapa saya untuk mengerjakan haji dan umrah. Sebab saya ingin mencapai impian dan matlamat saya kerana saya ingin membalas kebaikan dan kasih saying yang telah diberikan oleh ibu bapa saya sejak kecil. Mereka tidak kesah untuk memenuhi kemahuan saya. Walaupun tidak dapat membalas sepenuhnya dengan apa yang mereka berikan kepada saya tetapi saya ingin membalas kebaikan mereka walaupun sedikit. Sekiranya kewangan bukan masalah saya pada masa hadapan, saya bercita-cita untuk memiliki pulau persendirian. Pulau persendirian ini akan saya jadikan tempat untuk melepaskan stress dan berlapang dada. Pulau persendirian ini saya tidak berniat untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan saya tetapi hanya untuk ketenangan saya sahaja. Pada masa hadapan, saya akan meneroka dalam bidang pelaburan. Pada pendapat saya, bidang pelaburan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk memperoleh keuntungan. Hanya memerlukan kepandaian dalam bidang pelaburan untuk mendapat pulangan yang lumayan.

            Kesimpulannya, perkara saya saya dapat pelajari daripada mengikuti program ini ialah saya mempelajari bagaimana untuk melakukan pelaburan yang bijak. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara perbelanjaan dengan bijak supaya tidak melakukan pembaziran. Segala kemahiran yang diajar didalam program dapat membantu saya pada masa hadapan dan boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Saya menasihatkan kepada pelajar yang ingin mengikuti program ini supaya terbuka minda untuk mempelajari perkara baru. Ilmu yang diperoleh ini juga dapat mendatangkan kebaikan kepada para pelajar pada masa hadapan. Pelajar perlu menukar ‘mind set’ yang menyatakan bahawa hanya pekerjaan yang baik sahaja yang boleh mendatangkan kekayaan dalam kehidupan. Sedangkan dengan ada ilmu juga dapat mendatangkan kekayaan dalam kehidupan.

Sabtu, 26 Jun 2021

Aktiviti Kokurikulum 16/6/2021

 Aktiviti Kokurikulum 16/6/2021

Dadu yang digunakan untuk bermain

 
Duit yang diperoleh hasil pekerjaan


Tanggungan yang dibayar setiap bulan

Aset yang disimpan untuk masa hadapan

Aset besar yang dibeli untuk masa hadapan

Rabu, 2 Jun 2021

Cabaran Pemulihan Kekayaan Saya 2021

Cabaran Pemulihan Kekayaan Saya 2021

Jumlah untuk 26 haribulan Mei sehingga 2 haribulan Jun ialah RM 168  


Jumlah untuk 3 haribulan Jun sehingga 9 haribulan Jun ialah RM 394


Jumlah untuk 10 haribulan Jun sehingga 16 haribulan Jun ialah RM 186


 

Nota Asas Pengurusan Wang Kendiri

Nota Asas Pengurusan Wang Kendiri





Selasa, 1 Jun 2021

Cheque Peribadi Saya

 Cheque Peribadi Saya



Pendapatan Penting Saya

 Pendapatan Penting Saya

Pada masa hadapan, saya menyasarkan bahawa sumber pendapatan saya akan saya perolehi daripada pelan jangka panjang saya iaitu dengan memiliki sebuah pulau persendirian. Selepas saya memiliki pulau persendirian, saya akan mewujudkan sebuah pasukan bola sepak dan membina sebuah fasiliti sukan yang canggih untuk kegunaan pasukan saya dan orang yang mengunjungi pulau tersebut. Segala barangan rasmi daripada pasukan saya akan dijual disana juga. Secara tidak langsung dapat menaikkan pendapatan pasukan saya. Selain itu, saya juga akan membina pusat perlancongan di pulau persendirian tersebut. Ini akan dapat memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong yang mengunjungi pulau tersebut. Jadi pendapatan saya pada masa hadapan akan diperolehi daripada pulau persendirian tersebut.

Pengalaman Menguruskan Program How To Spend Wisely

  Pengalaman Menguruskan Program How To Spend Wisely           Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sepanjang saya mengikuti kursus ini sa...