Pengalaman Menguruskan Program How To Spend Wisely
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sepanjang saya mengikuti kursus ini saya telah mempelajari banyak perkara. Di dalam kursus ini, saya mempelajari bagaimana cara untuk menguruskan sesuatu program. Program yang saya menguruskan ialah How To Spend Wisely dan diadakan secara atas talian. Sepanjang saya menguruskan program ini, saya telah mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan ahli lain untuk bersama-sama menguruskan program ini. Saya telah memberikan tugasan kepada ahli dan mereka telah melakukan dengan jayanya. Boleh dikatakan bahawa kerja berkumpulan dan berkomunikasi merupakan perkara yang penting untuk menjayakan program ini. Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan sesuatu program tetapi setelah saya mengikuti kursus ini saya telah mempelajari sedikit sebanyak cara untuk menguruskan sesuatu program. Untuk program ini, saya telah menjemput Tuan Ron Aldrino Chan@Ron Buking iaitu pensyarah yang mengajar saya dalam kursus asas pengurusan wang kendiri. Beliau juga telah memberikan banyak bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mengurukan program ini. Pada hari program berlangsung, tiada sebarang masalah yang telah dialami. Semua ahli telah memainkan peranan masing-masing. Ada yang ditugaskan di mengambil kehadiran, ada yang ditugaskan untuk membaca doa sebelum program bermula dan ada yang ditugaskan untuk menguruskan peserta semasa sesi permainan. Semua ahli telah melakukan tugasan mereka dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana berganding bahu untuk menjayakan program ini. Untuk penambahbaikan program pada masa hadapan, seeloknya semua ahli membuka kamera masing-masing supaya para perserta dapat mengenali ahli yang bersama-sama menjayakan sesuatu program. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan