Matlamat Saya
Jangka Masa Pendek
- Untuk matlamat jangka masa pendek, saya ingin memiliki gadjet elektronik seperti kamera, komputer, telefon, dron, tablet, alat permainan video, fon kepala dan sebagainya. Saya juga mahu memiliki gadjet dari pelbagai jenama seperti Samsung, Iphone, Kanon, Sony, DJI, Playstation dan sebagainya. Saya ingin memiliki barangan ini disebabkan saya mempunyai tabiat suka mengumpul barang. Selain itu, saya juga ingin melancong ke serata dunia untuk mempelajari sesuatu yang baru seperti budaya, pakaian tradisional dan bahasa.
Jangka Masa Sederhana
- Untuk matlamat jangka masa sederhana, saya ingin memiliki sumber kewangan yang stabil melakui pekerjaan. Selepas memiliki kewangan yang stabil, saya mahu memiliki aset seperti rumah, motorsikal dan kereta. Tujuan saya ingin memiliki rumah supaya mempunyai penempatan sendiri. Bagi motorsikal dan kereta pula, akan memudahkan saya untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Dan yang terakhir saya ingin mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati dan menghabiskan riwayat hidup bersama yang tersayang.
Jangka Masa Panjang
- Untuk matlamat jangka masa panjang, saya ingin memiliki pulau persendirian sendiri. Dengan adanya pulau persendirian ini saya ingin mewujudkan sebuah pasukan bola sepak yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang moden. Secara tidak langsung akan menarik para pelancong untuk mengunjungi pulau tersebut dan seterusnya dapat menaikkan pendapat saya. Dan yang terakhir saya ingin menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.