Jumaat, 28 Mei 2021

Visi & Misi

 Visi Dan Misi

    Visi

    - Visi saya ialah saya ingin membahagiakan ibu bapa saya. Hal ini kerana mereka berdua telah memberikan segala-galanya sejak dari saya kecil lagi. Mereka telah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya tanpa mengira waktu dan tenaga untuk memenuhi segala permintaan saya. Saya berharap saya dapat menghantar mereka untuk melakukan ibadah yang kelima dalam rukun islam iaitu melakukan haji dan umrah.

    Misi

    -   Misi saya pula ialah ingin membantu semua golongan manusia yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Dalam misi saya juga saya juga akan menentang segala bentuk penindasan di serata dunia. Hal ini kerana saya berpegang dengan prinsip manusia yang hidup di dunia ini semuanya sama sahaja dan tidak ada yang boleh menindas hak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman Menguruskan Program How To Spend Wisely

  Pengalaman Menguruskan Program How To Spend Wisely           Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sepanjang saya mengikuti kursus ini sa...